shoutout!

dan sejujurnya dari hati merahtua ni

i ain't writing to create a fantasy life frankly speaking. i just throw n spill, sometimes, i lick it, and i like it!

well.
yeah.
i'd rather be hated for what i am than to be loved for what im not.

ciao.
enjoy reading n shoutouting.
u may jerit-jerit kat sini.

amnasofea85@yahoo.com

be good n behave. coz ure human. i.say.thank.you.

Friday, June 29, 2012

U! yes u!

Dear future husband,


i'll be a good wife ever,
after NIKAH, as long as,
u promise me one thing.


Help me and accompany me in getting to Jannah.


Sincerely, ME.

its me in the class

Wednesday, June 27, 2012

Istikharah


Solat Istikharah ini telah diperjelaskan melalui hadis daripada Jabir bin ‘Abdillah radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengajarkan Istikharah kepada kami dalam segala urusan, sebagaimana baginda mengajar kami surah dari al-Qur’an.. Baginda bersabda:
إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ:
 
Maksudnya:
Jika salah seorang di antara kalian berkeinginan keras melakukan sesuatu, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat yang bukan solat fardu kemudian membaca doa:
 
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ
 
فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ
 
اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي
 
أَوْ قَالَ: عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ
 
فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ
 
وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي
 
أَوْ قَالَ: فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ
 
فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي.
 
 
 
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (lalu menyebutkan secara langsung urusan yang dimaksudkan) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya. Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.
 
قَالَ: وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ.
 
Maksudnya:
Baginda bersabda: Hendaklah dia menyebutkan apa yang dihajatkannya. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1162.
 
BEBERAPA PERKARA BERKAITAN SOLAT ISTIKHARAH
 
q  Solat Istikharah dilaksnakan sebagaimana solat dua rakaat yang biasa. Tidak ada ketetapan tertentu daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang surah apa yang perlu dibacakan ketika solat Istikharah, Oleh itu dibenarkan membaca apa jua surah dari al-Qur’an yang mudah bagi seseorang itu setelah selesai membaca surah al-Fatihah.
q  Solat Istikharah boleh dilaksanakan apabila berhadapan dengan segala urusan yang mubah (harus) baik ianya isu yang besar mahupun kecil, perkara yang penting ataupun tidak. Seharusnya kita fahami bahawa permasalahan yang menjadi dilema itu bukanlah termasuk dalam perkara yang telah ditetapkan hukum-hukumnya dalam Islam. Bagi urusan yang wajib atau sunat yang telah jelas arahan untuk melakukannya ataupun urusan yang haram atau makruh yang telah jelas larangannya, ianya tidak lagi boleh dilakukan istikharah ke atasnya. Hanya perkara-perkara yang mubah sahaja dibenarkan untuk dilakukan istikharah.
q  Hendaklah bagi seseorang yang mengerjakan solat Istikharah itu melapangkan dadanya dari apa jua kehendak peribadi yang berlandaskan hawa nafsu. Seharusnya dia menyerahkan perkara tersebut bulat-bulat kepada ilmu Allah Subhanahu wa Ta’ala. Harus juga kita sedari bahawa adakala apa yang dipilih oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk kita itu tidak selari dengan keinginan hawa nafsu atau pada tanggapan kita ianya adalah sesuatu yang tidak bersesuaian bagi diri kita. Namun demikian sewajarnya bagi kita untuk pasrah menerima keputusan Allah Subhanahu wa Ta’ala tersebut. Firman-Nya:
وَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ
 
وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
 
Maksudnya:
…dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. – al-Baqarah (2) : 216
q  Solat Istikharah ini boleh juga dikerjakan secara khusus atau semasa mengerjakan solat-solat sunat seperti solat Rawatib, Tahiyyatul Masjid dan lain-lain. Sebagai contohnya setelah mengerjakan solat Tahiyyatul Masjid langsung kita membaca doa Istikharah tersebut. Hal ini adalah dibenarkan. Menurut al-‘Iraqi rahimahullah:
Jika keinginan melakukan sesuatu muncul sebelum mengerjakan solat sunat Rawatib atau yang semisalnya, lalu dia mengerjakan solat tanpa niat Istikharah, namun setelah solat timbul keinginan untuk memanjatkan doa Istikharah, maka secara zahir hal tersebut sudah mencukupi. – Rujuk al-Adzkaar, jilid 3, ms. 354. Penulis nukil dari kitab Bughyat al-Mutatowwi Fi Solah al-Tatowwu' karya Syeikh Muhammad bin ‘Umar Salim Bazmul, ms. 137.
 
q  Doa istikharah itu dibaca setelah memberi salam berdasarkan zahir lafaz hadis tersebut. Doa tersebut boleh diulang-ulang.
q  Bukan termasuk dalam syarat Istikharah bahawa seseorang itu mesti bermimpi tentang pilihan atau tindakan yang perlu diambil setelah mengerjakan solat tersebut. Namun seseorang itu akan merasa tenang atau dipermudahkan untuknya ketika memutuskan sesuatu keputusan sesuai dengan apa yang Allah Subhanahu wa Ta’ala telah pilih untuknya.
 

RINGKASAN TATACARA MENGERJAKAN SOLAT ISTIKHARAH

  Rakaat Pertama

1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat sunat Istikharah
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Bangun untuk rakaat kedua
 
Rakaat Kedua
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Duduk untuk tahiyyat akhir
3)      Memberi salam ke kanan dan ke kiri
4)      Membaca doa Istikharah


 i take this from this   
  http://pakarcinta.com/blog/bagaimana-solat-istikharah-tentukan-jodoh/

Saturday, June 23, 2012

Room maid.

rooom maid. roomate. rooom ate.

tahun ni dapat junior as a rumet.
habis aku buli mase awal tahun. jgn bagi muke. hihi.
tap at last, aku syg budak tembam ni sorang.
die ni matured. berfikiran jauh kehadapan. manja. caring. skem A.
huhu.

ni dah last sem aku kat 'penjara'. nak gak merase bersiar-siaran dgn rumet.
thats random pic from us.

room maid. 












comelkan roomate saye

Friday, June 22, 2012

Ibu Mak Mama

Ibu....


Mak..... pasale opo?

Mak. Tis one refer to the person yg babysit aku when i was a kid.

Mama.... Adik ni adik tu..bla bla bla

kasih sayang aku kat mak, mak, ibu, mama, sama. fiddunya wal akhirah.

Thursday, June 21, 2012

my perenn!~

korang mesti leh bace post aku 'when the times come' tu kan. alahh, scroll down sikit korang nampak dah. sbb entri aku pon tabanyak. hihi.

mamat talking to the moon merangkap kawan aku skrg ni tu dah selamat melahirkan anak sulung... eh bukan die, tapi wife die. jam berapa aku tak ingatla plak.

Comgerattss wei.

Die jodoh perempuan itu and they live happily ever after.
Me? yeahh im happy. Soooo happy. Asking for His forgiveness always. Sentiasa tarbiah diri.
Hidup dunia tak lama. Akhirat kekal abadi.
InsyaAllah.

People's changed. So do i. Kate makin perempuan. Hihi...

tersedar

cikgu to be.

cikgu. lause( kunun cikgu lam bahasa cina)

pagi ni masuk kelas je mcm ter ker jood sikit. tengok diorg sume pakai baju warna pink! 
Oh cantik nye pink.... hehe. 

sampai je tempat duduk..
mira : pink nyooo la, patut dapat award ni 
suara yg aku tak dpt catch up sape die : satu set pink! 

harini kitorg ade sambutan-yg-aku sendiri-tak-tahu... anddd kitorg satu maktab kena paksa pakai baju warna PINK!
hihi. actually comel. 

Back to the story. 
Pastu, lecturer pun masuk la. Arini subjek EDU 3108.
Pastu aku pun tenggelam timbul je study.. amik henfon, takde ape2..simpan balik dalam beg pink.
Tengah dok mengelamun, tibe2 satu ayat masuk dalam kepala.

"Ape gune belajar bahasa arab, tapi tak reti cakap bahasa arab!!"

 Omak ai, tibe2 terasa lak. cikgu ni perli ke ape. barula telinge rase nak mendengar ape sebenarnya ape issue yg diorang tgh dok cakap.

ISSUE : Cakap Arab.

Aku ade basic Arab yg cukup power. ( Ustat n ustajah je, aku tak pon...huhuu)
Dulu mase skola, aku amik 21 subjek, 9subjek akademik...the rest subjek arab..tauhid..feqah, sirah.. bla bla bla
And kitorg pon belajar dalam bahasa arab. ustat cakap arab aku boleh faham..tapi nak reply balik, biasanya aku reply dalam Malay je.
For me, Arab ni takla susah sgt nak belajar, tapi seriusly mase aku type post ni...satu bahasa arab pun takde masuk dlm kepalaotak. 
T_T 
Kalau dulu aku boleh je nak faham, walaupun tak master sgt Bhs Arab ni dulu... tapi aku tak penah nak belajar balik or praktis balik ckp arab lepas drpd skolah. 

Hari ini.
Menyesal.
Kat skolah, ade ustajah Jqaf ckp bahasa arab aku hanya mampu tersenyum..dalam hati...*ape lah diorg ni cakap aku pun tapaham*

Sebenarnye nak belajar bahasa arab ni tak la susah sgt...aku ade bace journal ni ttg istimewanya bahasa arab dalam hidup.
Korang pon mesti dah tau. Bahasa Arab bahasa Alquran, dalam kubur pun nanti malaikat tanya dalam bahasa arab..

Kalau ade mase, korang baca keyh!


Moral of the story, aku menyesal sbb tak practice cakap arab tu lepas skolah. Sbb arini aku tak dpt cakap arab langsung! n tak ingat langsung! My bad. T_T

ciao.

Wednesday, June 20, 2012

jod doh

jodoh.


mungkin lambat, mungkin cepat.
kalau takde, pasti ada nanti di 'atas' sana.
to geng2 yg dah selamat menjadi bini orang, laki orang. mabrukkk.
aku yg tak selamat lagi ni ha. menunggu buah deghian tak jatuh2. 


jodoh
ada tu.


mama : kawin la cepat dik, takde sape nak jaga.
kakak : cepatla adik aku kawin. 
 aku : dah jodoh lambart! nk buat cemane.



hidup

hidup.


kita yang corak. kita yang warna. 
kita yang mencorakkan akhirnya.
kita yang memutuskannya.
ada kasih sayang.
ada kesedihan.
ada keriangan.


semua tu akan kita rasa.
kita tempuh.
setiap apa yang kita buat..ada yang betul, ada yang salah. 

keliru.
berbelah bahagi.
yakin.
itu semua ada bila kita nak buat keputusan.
berubah untuk menjadi lebih baik atau sebaliknya


pun kita yang tentukan.

betuli diri jua, sampai mati bertemu Pencipta. 


ciao.