Solat Istikharah ini telah
diperjelaskan melalui hadis daripada Jabir bin ‘Abdillah
radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam pernah mengajarkan Istikharah kepada kami dalam
segala urusan, sebagaimana baginda mengajar kami surah dari
al-Qur’an.. Baginda bersabda:
إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ
غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ:
Maksudnya:
Jika salah seorang di antara
kalian berkeinginan keras melakukan sesuatu, hendaklah dia
mengerjakan solat dua rakaat yang bukan solat fardu kemudian membaca
doa:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ
بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ
فَإِنَّكَ
تَقْدِرُ
وَلاَ أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّمُ
الْغُيُوبِ
اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ
خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي
أَوْ قَالَ:
عَاجِلِ
أَمْرِي وَآجِلِهِ
فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي
فِيهِ
وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي
دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي
أَوْ قَالَ: فِي عَاجِلِ
أَمْرِي وَآجِلِهِ
فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ
لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي.
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya aku
memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan
kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana
sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali,
Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui
hal yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa
urusan ini (lalu menyebutkan secara langsung urusan yang
dimaksudkan) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir
urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun
yang akan datang - maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia
untukku. Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya.
Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama,
kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu
yang dekat mahupun yang akan datang - maka jauhkanlah urusan itu
dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu
bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, jadikanlah aku
orang yang redha dengan ketetapan tersebut.
قَالَ: وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ.
Maksudnya:
Baginda bersabda: Hendaklah
dia menyebutkan apa yang dihajatkannya.
– Hadis riwayat Imam
al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no:
1162.
BEBERAPA PERKARA
BERKAITAN SOLAT ISTIKHARAH
q
Solat Istikharah
dilaksnakan sebagaimana solat dua rakaat yang biasa. Tidak ada
ketetapan tertentu daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam tentang surah apa yang perlu dibacakan ketika solat
Istikharah, Oleh itu dibenarkan membaca apa jua surah dari
al-Qur’an yang mudah bagi seseorang itu setelah selesai membaca
surah al-Fatihah.
q
Solat Istikharah
boleh dilaksanakan apabila berhadapan dengan segala urusan yang
mubah (harus) baik ianya isu yang besar mahupun kecil, perkara
yang penting ataupun tidak. Seharusnya kita fahami bahawa
permasalahan yang menjadi dilema itu bukanlah termasuk dalam perkara
yang telah ditetapkan hukum-hukumnya dalam Islam. Bagi urusan yang
wajib atau sunat yang telah jelas arahan untuk melakukannya ataupun
urusan yang haram atau makruh yang telah jelas larangannya, ianya
tidak lagi boleh dilakukan istikharah ke atasnya. Hanya
perkara-perkara yang mubah sahaja dibenarkan untuk dilakukan
istikharah.
q
Hendaklah bagi
seseorang yang mengerjakan solat Istikharah itu melapangkan
dadanya dari apa jua kehendak peribadi yang berlandaskan hawa nafsu.
Seharusnya dia menyerahkan perkara tersebut bulat-bulat kepada ilmu
Allah Subhanahu wa Ta’ala. Harus juga kita sedari bahawa
adakala apa yang dipilih oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk
kita itu tidak selari dengan keinginan hawa nafsu atau pada
tanggapan kita ianya adalah sesuatu yang tidak bersesuaian bagi diri
kita. Namun demikian sewajarnya bagi kita untuk pasrah menerima
keputusan Allah Subhanahu wa Ta’ala tersebut. Firman-Nya:
وَعَسَىٰ أَنْ
تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا
شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ
وَاللَّهُ
يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Maksudnya:
…dan boleh jadi kamu benci
kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka
kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah
jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak
mengetahuinya. – al-Baqarah (2) : 216
q
Solat Istikharah
ini boleh juga dikerjakan secara khusus atau semasa mengerjakan
solat-solat sunat seperti solat Rawatib, Tahiyyatul Masjid
dan lain-lain. Sebagai contohnya setelah mengerjakan solat
Tahiyyatul Masjid langsung kita membaca doa Istikharah
tersebut. Hal ini adalah dibenarkan. Menurut al-‘Iraqi
rahimahullah:
Jika keinginan melakukan
sesuatu muncul sebelum mengerjakan solat sunat Rawatib atau
yang semisalnya, lalu dia mengerjakan solat tanpa niat Istikharah,
namun setelah solat timbul keinginan untuk memanjatkan doa
Istikharah, maka secara zahir hal tersebut sudah mencukupi.
– Rujuk al-Adzkaar, jilid 3, ms. 354. Penulis nukil dari
kitab Bughyat al-Mutatowwi Fi Solah al-Tatowwu' karya Syeikh
Muhammad bin ‘Umar Salim Bazmul, ms. 137.
q
Doa istikharah itu
dibaca setelah memberi salam berdasarkan zahir lafaz hadis tersebut.
Doa tersebut boleh diulang-ulang.
q
Bukan termasuk dalam
syarat Istikharah bahawa seseorang itu mesti bermimpi tentang
pilihan atau tindakan yang perlu diambil setelah mengerjakan solat
tersebut. Namun seseorang itu akan merasa tenang atau dipermudahkan
untuknya ketika memutuskan sesuatu keputusan sesuai dengan apa yang
Allah Subhanahu wa Ta’ala telah pilih untuknya.
RINGKASAN TATACARA
MENGERJAKAN SOLAT ISTIKHARAH
Rakaat Pertama
1)
Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat sunat
Istikharah
2)
Takbiratul
Ihram
3)
Doa Iftitah
4)
Membaca surah al-Fatihah
5)
Membaca Surah al-Qur’an
6)
Rukuk
7)
Iktidal
8)
Sujud
9)
Duduk antara dua sujud
10)
Sujud kali kedua
11)
Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1)
Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)
Duduk untuk tahiyyat akhir
3)
Memberi salam ke kanan dan ke kiri
4)
Membaca doa
Istikharah
i take this from this
http://pakarcinta.com/blog/bagaimana-solat-istikharah-tentukan-jodoh/