amnasofea85@yahoo.com

shoutout!

dan sejujurnya dari hati merahtua ni

i ain't writing to create a fantasy life frankly speaking. i just throw n spill, sometimes, i lick it, and i like it!

well.
yeah.
i'd rather be hated for what i am than to be loved for what im not.

ciao.
enjoy reading n shoutouting.
u may jerit-jerit kat sini.

amnasofea85@yahoo.com

be good n behave. coz ure human. i.say.thank.you.

Friday, August 31, 2012

Berbeza

helah nafas.
dari dulunya itu bersetuju bersama.
mengangguk kepala bersama.
menyengeh bersama.

helah nafas.
panjang.
tidak pada asalnya.
dari dulunya lurus.
kininya bengkok.

jelaknya aku.
apa janji?
konon nya kau dahulu.
teguh prinsipnya.

nanti aku sambung.


Tuesday, August 28, 2012

Laki-laki dan Perempuan


Mana nak sama si cantik
Andai si jelita itu seteru buta

Mana nak sama si dia penyair
Andai penyajak melaung segak

Mana nak sama si berotak pandai memikir
Andai si bodoh melangut melukut

Laki-laki
Perempuan-perempuan.

Berlaung takbir, Allahuakbar.

Hilang


Hidung hilang.
Hilang entah mana.
Tak jumpa.
Dua hari dah.

Monday, August 27, 2012

Ohh

Ohh ini menakutkan

Ohh ini mengsyahdukan

Ohh ini menyakitkan

Ohh ini mengasyikkan

Ohh ini mengharu-biru-kelabukan

Ohh ini menjelekkan

Ohh ini merindukan

Ohh ini membencikan

Kengkadang kau begitu.
Sekejapan kau begini.
Seterusnya aku tak pasti.

__________________Presentation today.....Alhamdulillah. everythings went well as it planned..

Wednesday, August 15, 2012

Kisah kau dulu


Kau duduk disitu. 
Dulu.
Aku pulak duduk di sini. 
Kini.
Lain sekarang. Masing-masing lain.
Apa dengar cerita haritu. 
Betul?
Kita lain cara. 
Lain carta.
Lain haluan.

Tidak sebulu.
Macam dahulu.

......     ......       .....   ____________________Jelas.

Tuesday, August 14, 2012

Si Kacak vs Si Cantik


Mana nak sama si kacak
Depan sana melangut tinggi terpacak.
Belagak.

Mana nak sama si cantik.
Oh rupanya Anggerik.
Tertarik menarik.

Serik.

Lelaki. Bukan kau serik.
Perempuan ini dalaman ini, jerit kuat. Serik.

Friday, August 10, 2012

Sin ya lam


Sialan anak itu
Betulkah sial dia?
Sial siapa?

Sialan orang itu
Manakah si sial sebenar?
Sial betul.

Menyial dengan si penyial.
Sial. Sial.
Sial juga pilihan agung.

Maaf, bukan bermaksud aku penyial untuk bersial dengan sipenyial.
Tapi betuli diri dari sial.

Ampunkan aku Tuhan.

Thursday, August 9, 2012

Si Penyayang PART 3

Penyayang si penyayang.

Sebanyak taat pada Tuhan.
Penyayang menyayang sayang.
Ikhlas.

Penyayang si penyayang
Seperti kata ustazah sekolah.
Istiqamah.
Tidak lelah.

Penyayang si penyayang.
Tetap.
Tegap.
Taktelap.

Malap. Terang. Terang. Terang. Terang. Sungguh.

Terang. 

Wednesday, August 8, 2012

Jelak


Jelak!
Dijelak kau!

Semacam tidak ada cerita lain.
Kau susun susun. Basi.
Berderet meyampah menyambut apa dikata kau.
Berbaldi fitnah aku dilepas tanpa ada roadblock.
Semacam membenarkan.

Iyaaa.
Adakala aku jelak, dijelakkan kau.

Motif : takda motif.

Kau? Menjelakkan.

Aku, Mereka dan Roti


Orang sepadu beras penuh sepuluh kg beratnya. Berpaut-paut. Sesak. Ah tidak tahan megharung orang. Seperti berendam dalam bathup penuh separuh hidung. Asalnya apa yang nak dicari dilupakan. Terjingkit-jingkit mahu keluar. Hidu udara baru kurang jejas ada baik dari bau manusia pelbagai usia dan warna. Sogo, sedemikian sifatnya. Kalau sale, ginilah gamaknya. Nak barang baik, hati mau kental. Badan mau tegap. Tapi tidak aku. Salah waktu menjejak kaki ke sini. Padah betol harini. Apa nak ku naikkan balik ni? Sudah berkira-kira. Penyudah, lrt paling mudah. Dalam kepala dah berbayang beratur panjang belakang orang meliuk lentok kepalanya melihat orang di hadapan. ( dulu kan kene beli tiket nk naik lrt ). Dari Sogo nak ke lrt Bandaraya akan kau tempuh laluan pejalan kaki. Kaki lenguh bukanmain. Selisih bahu menerjah orang. Tepitepi tu aku pandang, bertembung mata dengan makcik bersama anak kecil seusia 2tahun kukira. Aduhh. Menadah tangan, berkuku hitam, redup memandang meminta belas kasihan. Ujian Tuhan barangkali? Untuk aku atau untuk dia? Dua-dua. Serasa payah bernafas. Perlahan aku langkah ke tepi, menyangkung bersama makcik dan anaknya tadi.

Aku : makcik dh makan?
Makcik : senyum. Belum.
Aku : berapa tahun anak makcik?
Makcik : 3tahun.
Aku : oh kecik lagi. Kesian dia. Kurus je.
Makcik : tak menghirau aku ditepi. Kembali menadah tangan meminta simpati.

Orang lalu memandang mati.

Aku : makcik, saya takda duit nak bagi makcik. Saya ada ni je.

Berbungkus-bungkus roti macam-macam aneka aku keluarkan dari beg yg memang takde apa-apa. 
6 bungkus semuanya. Kubeli dari kedai roti di Sogo tadi.

Makcik : memandang sayu.

Aku : adik, makan ni tau. Makan sekarang. Nanti roti sejuk. Tak sedap.
( cuba bergurau menutup rasahati )

Makcik : dik, terima kasih. Muka tak puas hati.

Aku : sama-sama.

Kembali mengharung orang. Sampai dibelakang orang. Mata ku larikan kat makcik tu. Meminta-minta seperti tadi. Aduhai makcik. Padah apa sampai harus kau buat begitu. Ditinggalkan suamikah? Atau diperas ugutkah? Kasihan pada anak kecil itu. Kupandang dia tengah menjamah roti yang ku tinggalkan tadi. Rakus.

Moral of the story. Sampai bila harus begini. Jgn eksploit budak2 boleh tak? Arghhh. Tekanan.
Satulagi, bersyukur. Masih lagi mampu membeli dan hidup masih lagi terisi. Alhamdulillah Alhamdulillah.

Kruk krukk. Perut aku minta isi. Takpelah balik nanti kuiisi.