Orang
sepadu beras penuh sepuluh kg beratnya. Berpaut-paut. Sesak. Ah tidak tahan
megharung orang. Seperti berendam dalam bathup penuh separuh hidung. Asalnya apa
yang nak dicari dilupakan. Terjingkit-jingkit mahu keluar. Hidu udara baru
kurang jejas ada baik dari bau manusia pelbagai usia dan warna. Sogo,
sedemikian sifatnya. Kalau sale, ginilah gamaknya. Nak barang baik, hati mau
kental. Badan mau tegap. Tapi tidak aku. Salah waktu menjejak kaki ke sini. Padah
betol harini. Apa nak ku naikkan balik ni? Sudah berkira-kira. Penyudah, lrt
paling mudah. Dalam kepala dah berbayang beratur panjang belakang orang meliuk
lentok kepalanya melihat orang di hadapan. ( dulu kan kene beli tiket nk naik lrt
). Dari Sogo nak ke lrt Bandaraya akan kau tempuh laluan pejalan kaki. Kaki lenguh
bukanmain. Selisih bahu menerjah orang. Tepitepi tu aku pandang, bertembung
mata dengan makcik bersama anak kecil seusia 2tahun kukira. Aduhh. Menadah tangan,
berkuku hitam, redup memandang meminta belas kasihan. Ujian Tuhan barangkali?
Untuk aku atau untuk dia? Dua-dua. Serasa payah bernafas. Perlahan aku langkah
ke tepi, menyangkung bersama makcik dan anaknya tadi.
Aku
: makcik dh makan?
Makcik
: senyum. Belum.
Aku
: berapa tahun anak makcik?
Makcik
: 3tahun.
Aku
: oh kecik lagi. Kesian dia. Kurus je.
Makcik
: tak menghirau aku ditepi. Kembali menadah tangan meminta simpati.
Orang
lalu memandang mati.
Aku
: makcik, saya takda duit nak bagi makcik. Saya ada ni je.
Berbungkus-bungkus
roti macam-macam aneka aku keluarkan dari beg yg memang takde apa-apa.
6
bungkus semuanya. Kubeli dari kedai roti di Sogo tadi.
Makcik
: memandang sayu.
Aku
: adik, makan ni tau. Makan sekarang. Nanti roti sejuk. Tak sedap.
(
cuba bergurau menutup rasahati )
Makcik
: dik, terima kasih. Muka tak puas hati.
Aku
: sama-sama.
Kembali
mengharung orang. Sampai dibelakang orang. Mata ku larikan kat makcik tu. Meminta-minta
seperti tadi. Aduhai makcik. Padah apa sampai harus kau buat begitu. Ditinggalkan
suamikah? Atau diperas ugutkah? Kasihan pada anak kecil itu. Kupandang dia
tengah menjamah roti yang ku tinggalkan tadi. Rakus.
Moral
of the story. Sampai bila harus begini. Jgn eksploit budak2 boleh tak? Arghhh. Tekanan.
Satulagi,
bersyukur. Masih lagi mampu membeli dan hidup masih lagi terisi. Alhamdulillah Alhamdulillah.
0 comments :
Post a Comment