amnasofea85@yahoo.com

shoutout!

dan sejujurnya dari hati merahtua ni

i ain't writing to create a fantasy life frankly speaking. i just throw n spill, sometimes, i lick it, and i like it!

well.
yeah.
i'd rather be hated for what i am than to be loved for what im not.

ciao.
enjoy reading n shoutouting.
u may jerit-jerit kat sini.

amnasofea85@yahoo.com

be good n behave. coz ure human. i.say.thank.you.

Wednesday, April 17, 2013

Cerita banjir Hana

Hujan.

Hana masih ingat kisah tujuhlapan tahun lepas.
hujan pagi, dari pagi. bawak ke petang.
heaven gilak melepek bawah selimut lusuh hana.
masuk tengahari. hujan lagi? jejiran dah bising. Mahu banjir katanya.

ah sudah.
telepon Hana capai. mendail nombor yang sudah sedia ada.
Trott Trott.
"emak.. hujan tidak mahu berenti. Jiran kata mahu banjir"

"bangang apa kau ni. angkat semua yang penting"
"mesin basuhku kau naikkan di atas batu bata. letak empat semuanya"
"petiais kau matikan suisnya"
"sediakan apa-apa yang patut"
"sekejap lagi aku pulang"

bagai dikejar polong, tangkas Hana menggapai semuanya.
mengingat satusatu apa harus diangkatnya dahulu. 
akhirnya.... fuhh.
Usai saja dia meneguk air, Hana menangkap suara orang-orang taman.
"Air sudah naik!! Air sudah naik!!"
Hana bingkas kebelakang. Dilihat, cacing parit dah mula tunjuk kepala. 
Menari-nari di dalam air tanda gembira tempat berenangnya jauh pemandangan. luas.
Hana lihat semua di dalam rumah. satu-satu. selesai. harap-harap tidak ada yang silap.

taklama Hana dengar bunyi enjin motokar. sejuk tangan Hana.
selalu Hana begitu bila dengar motokar emaknya. entah kenapa.. 
"Hana!! kemas bajumu. cepat! lambat aku tinggal!"
"dan baju adik-adikmu sekali, baju aku, sudah aku letak atas katil, kau lipat. masuk dalam beg"
"lekas!"

Dan bermulalah kisah banjir Hana.
Hana tak betah duduk di rumah orang. lagi-lagi bukan org yg dikenalnya.
tapi tak apalah, sekejap saja. lepas seminggu nanti Hana akan balik. dengar-dengar teruk juga rumahnya banjir. air masuk sehingga paras lutut di dalam rumah. 
Hana syukur. 
syukur sebab buku sekolah dalam raga buruk, hana letak tempat tinggi. air tak naik tempat tinggi.

dan di bawah satu bumbung, Hana kena kongsi tempat tidur. dengan adik-adiknya.
ahh, boring. Hana takda can lah nak tulis diari.
diari Hana simpan kemas bawah lipat baju. baju Hana yg sehelai dua.
moga-moga emak tak jumpa.

timakasih makcik, makcik baik. bagi kami tumpang rumah makcik.
walaupun Hana tak biasa tinggal dalam satu rumah dengan tiga keluarga sekaligus.
Hana harap emak tak jadi 'singa' dalam rumah makcik ni.
Hana malu mak. 

dan.
kenyataannya, Hana silap.
'singa' emaknya pun emak bawa juga ke sini.
hari-hari Hana kena 'makan' dengan singa emak.
naik tebal muka Hana, hari-hari.
hari-hari jugalah Hana bilang hari mau pulang. 

dan, hujan pun berhenti.
Hana tulis lain ya.

Kepada Hana, ingat janjimu nanti hantar ceritamu lagi ya.
jika tak keberatan, rasa mahu dengar lagi cerita banjir Hana.
Hana kata tak habis lagi kan?



0 comments :