sebetulnya aku di depan kau
di depan pandangan kau
tapi ada kaca didepan kita
sejujurnya mahumu engkau
rambut engkau
mata engkau
tahi lalat engkau
tapi ada kaca di depan kita
semahunya aku
memeluk engkau
meniduri engkau
dengan segenap rasa yang ada
kau nafsuku
tapi ada kaca di depan kita
duniamu merah
dan aku jambu
kaca itu warnanya merah jambu.
Wednesday, May 22, 2013
Kaca Merah Jambu
Posted by Unknown at 5:27 PM 0 comments
Homo
asbestos
Posted by Unknown at 5:08 PM 0 comments
Ciuman Asli
menadah tangan meminta tangan
Posted by Unknown at 5:05 PM 0 comments
Cinta
ayunya awak cinta
Posted by Unknown at 4:59 PM 0 comments
Hati
diberitahunya hati
tiada yang berbaki
hanya kabus melapisi
menurut hati
ditinggal lari
tidak tahu kanan kiri
bertanya hati
harapan masih berdiri?
belum diketahui
kecewa hati
pada pada si pemilik hati
yang satu lagi
mari hati
kita kembali
masih ada yang lain di sisi
sehingga ketemu lagi
tawa mengiringi
Posted by Unknown at 4:54 PM 0 comments
Limid
naaaa
naaaaaaa
naaaaaaaaa
tinggi lagi kakak!
seberapa tinggi bolehnya
naaa
naaaaa
naaaaaaa
nuuuuuuuuuu
eh sial!
ko bodoh!
dan bangang!
sudah kukata tinggi!
malah lain pula!
eh sial!
eh bodoh!
eh bangang!
aku manusia.
lagakmu yang tidak juga tahu mengira!
Posted by Unknown at 4:42 PM 0 comments
Bernama Manusia
sayangnya kau
pada pendeta cinta dusta
menelan tanpa kata
sayangnya kau
pada punyanya dia
merayu meminta-minta
sayangnya kau
pada muka
walhal kau tak punya apa
mencerahmeratamenghalusnya
sayangnya kau
pada dunia
pahal hutang berjela
menunggu diminta
di hari kemudiannya
sayangnya kau
belum berpikir gaya aku dan dia
masalahnya
aku pun sama
membabi buta juga.
maafkan kami
Tuhan Maha Esa
Posted by Unknown at 4:39 PM 0 comments
Aneh
kembara segenap usia
dalamnya ada tangis
luarnya ada ketawa.
mengelekek ketika gamat
merendah ketika sayu
bangkit jatuh
celik pejam
tak berdiri selalu
tidak meniarap sentiasa
pastinya
tiada aneh-anehnya
jiwa melayang
bertebaran
mencari jalan pusing
bertemu
Pemilik jiwahatiragamu kekal.
Posted by Unknown at 4:19 PM 0 comments
Wednesday, May 15, 2013
Monolog Dalaman yang Hancur Berderai
sepilu mata yang memandang
Posted by Unknown at 7:38 AM 0 comments
Beza berbeda
bahasa Malaysia beza
dialek Indonesia beda
manusia berbeza
yang tiada beda
Posted by Unknown at 7:35 AM 0 comments
Aku Lah Ni
aku
bukan peminat Maria Elena
bukan juga pandai stailista
malah tak pernah menonton hijabista
langsung tiada koleksi aidijuma
tidak juga punya cermin mata hitam ala bergaya
tapi satu yang aku tahu
aku
orangnya @FaktaBukanAuta
Posted by Unknown at 12:05 AM 0 comments
Monday, May 6, 2013
Cerita banjir Hana 3
Hana masih ingat kisah tujuhlapan tahun lepas.
hariini ayah kata rumah dah boleh masuk
air sudah kering
emak nampak suka
Hana sedih
sedih sebab nanti Hana tak dapat buat lawak dengan makcik mah
dengar emak panggil nama Hana
Hana pergi dekat emak, Hana pandang muka emak
emak kata
"Hana pergi cuci rumah"
"dengan ayah"
Hana bilang sama emak, baik.
demi emak, Hana sanggup.
ayah dengan Hana balik tengok rumah.
Hana tengok rumah teruk
banjir bawa pasir masuk rumah
Hana sudah bilang dalam kepala mcm mana mahu cuci rumah.
Hana sudah congak kerja bahagi dengan ayah
Hana mula cuci.
Hana kesat dahi
sudah sejam Hana mula cuci rumah.
sudah sejam jugalah ayah tidur dalam kereta.
ayah kata mahu tidur rehat kepala
Hana ikut saja
bilik emak Hana cuci sampai bersih.
bawah katil,belakang robok, semua Hana cuci
bilik adik pun HAna cuci.
semua sekali.
puas hati.
sudah empat jam Hana cuci
tapi Hana lihat
ayah masih tidur lagi.
Hana kejut ayah
gerak ayah tolong Hana
Hana letih, Hana penat, Hana haus
ayah kata, nanti ayah bangun.
Hana ikut saja.
penyudah sampai kesudah Hana cuci semua
dari pagi sampai ke tengahari bawak ke malam
badan Hana sakit-sakit
sakit lagi hati Hana
tapi Hana redha.
Hana tahu ayah tipu
tapi Hana juga tahu, dan Hana pasti
ada penyudah yang baik untuk Hana
yang pasti bukan di sini
tapi di akhirat nanti
terima kasih Hana, kirim kan kisahmu...
Posted by Unknown at 6:08 PM 0 comments
Cerita banjir Hana 2
Hana masih lagi ingat kisah tujuhlapan tahun lepas.
Hana sunyi.
Hana sepi.
Hana benci.
Hana benci mak.
Hati Hana sakit.
sesakit gigitan emak di telinga Hana.
tigahari sudah.
banjir mula surut.
Hana nampak muka emak macam cuka.
entah kenapa.
Hana tak tahu
petang tu, mak suruh Hana bancuh air.
Hana masuk dapur buat macam biasa.
Robok Hana buka, Hana nampak teh.
Hana amik gula, taruk air panas.
Hana kacau..Hana rasa..
Alhamdulillah kena sungguh gula dgn teh.
Cawan Hana ambil Hana kira ada lima.
Cukuplah barangkali.
tuan empunya rumah baik
sebaik hati makcik pah
makcik pah pun tumpang rumah tuan rumah.
jadi kami tiga keluarga.
menumpang bumbung yang sama kala banjir.
Sedang elok Hana ngelamun
emak jerit.
macam petir suara mak
macam selalu.
emak tanya mana air
Hana baru nak mula langkah
nampak emak depan muka.
emak maki
kata Hana bodoh.
kata Hana macam-macam.
Hana balas
Hana kata
Sabar lah, baru nak hantar air.
emak ni tak sabar!
sekuat suara Hana, kuat lagi emak tampar muka Hana
Hana nak nangis
tapi Hana tahan
macam selalu
Hana pandang muka emak.
emak tak peduli.
emak masih lagi dengan khutbah makinya.
Hana sakit.
mata Hana merah.
makcik pah masuk dapur.
makcik pah kata kat emak.
"sudah la kak"
"kenapa ditampar budak tu"
emak tak kisah.
sayu hati Hana, emak macam itu.
sayu hati Hana, sayu lagi muka Hana tahan malu.
depan orang kena marah, depan orang kena tampar.
takpa, takpa.
Allah ada.
Posted by Unknown at 5:54 PM 0 comments
PRU13
please vote, voters!
Posted by Unknown at 5:37 PM 0 comments