amnasofea85@yahoo.com

shoutout!

dan sejujurnya dari hati merahtua ni

i ain't writing to create a fantasy life frankly speaking. i just throw n spill, sometimes, i lick it, and i like it!

well.
yeah.
i'd rather be hated for what i am than to be loved for what im not.

ciao.
enjoy reading n shoutouting.
u may jerit-jerit kat sini.

amnasofea85@yahoo.com

be good n behave. coz ure human. i.say.thank.you.

Monday, May 6, 2013

Cerita banjir Hana 3

Hana masih ingat kisah tujuhlapan tahun lepas.

hariini ayah kata rumah dah boleh masuk
air sudah kering
emak nampak suka
Hana sedih
sedih sebab nanti Hana tak dapat buat lawak dengan makcik mah

dengar emak panggil nama Hana
Hana pergi dekat emak, Hana pandang muka emak
emak kata
"Hana pergi cuci rumah"
"dengan ayah"

Hana bilang sama emak, baik.
demi emak, Hana sanggup.

ayah dengan Hana balik tengok rumah.
Hana tengok rumah teruk
banjir bawa pasir masuk rumah
Hana sudah bilang dalam kepala mcm mana mahu cuci rumah.
Hana sudah congak kerja bahagi dengan ayah
Hana mula cuci.
Hana kesat dahi

sudah sejam Hana mula cuci rumah.
sudah sejam jugalah ayah tidur dalam kereta.
ayah kata mahu tidur rehat kepala
Hana ikut saja

bilik emak Hana cuci sampai bersih.
bawah katil,belakang robok, semua Hana cuci
bilik adik pun HAna cuci.
semua sekali.
puas hati.
sudah empat jam Hana cuci
tapi Hana lihat
ayah masih tidur lagi.

Hana kejut ayah
gerak ayah tolong Hana
Hana letih, Hana penat, Hana haus
ayah kata, nanti ayah bangun.
Hana ikut saja.

penyudah sampai kesudah Hana cuci semua
dari pagi sampai ke tengahari bawak ke malam
badan Hana sakit-sakit
sakit lagi hati Hana
tapi Hana redha.
Hana tahu ayah tipu
tapi Hana juga tahu, dan Hana pasti
ada penyudah yang baik untuk Hana
yang pasti bukan di sini
tapi di akhirat nanti

terima kasih Hana, kirim kan kisahmu...

0 comments :